Tuesday, 17 January 2012

T.M4:Sepi dan Seksa


Permulaan daripada satu kesepian.

Permulaan daripada satu penyeksaan.

Saya dalam proses mencari satu bentuk aktiviti yang boleh memberi manfaat pada diri dan masyarakat sekeliling.
Lalu dicadangkan seorang teman supaya aktif dalam penulisan.Penulisan?Bukan dicadangkan tetapi berbentuk satu gesaan oleh teman.”Takkan pimpinan sendiri tiada blog untuk coretan pemikiran”.
Blog yang sebelum ini terkubur begitu sahaja dek kerana terlalu berat memikir isi yang perlu dicoretkan dalam blog tersebut.Riwayat blog itu terkubur begitu sahaja walaupun pada permulaan begitu teruja dan berkobar-kobar setiap malam untuk menulis satu coretan sepanjang hari yang dilalui.
Ini blog kedua saya yang masih dalam proses penambahbaikan .


Kesepian
Ketika di Matrikulasi Pulau Pinang juga begitu,teman-teman yang lain sudah rajin menulis dan cekap dalam pengendalian blog.Sementara saya ketika itu masih baru dalam pembacaan.
Apa kaitan pembacaan dengan penulisan?Saya mula banyak membaca buku-buku pemikiran sarjana-sarjana Barat ketika di matrikulasi.Di situ juga saya mula banyak membaca buku-buku karangan ulama kontemporari untuk diseimbangkan dan disenergikan dengan bacaan para sarjana barat .Kaedah ‘bedah buku’ baru saya kenal dalam bentuk berkumpulan amat membantu dalam memahami buah-buah yang ada dalam buku tersebut.
If you want to conquer human and world,read books.
Tapi terasa satu kekurangan hasil bedah buku tersebut apabila tidak diterjemahkan dalam penulisan.Terasa buah-buah yang ada sudah dimakan ulat,Berlubang-lubang jadinya.Buku catitan pun entah ke mana.Sepi tanpa khabar berita.


Seksa
Saat menganjak ke institusi pengajian tinggi awam,fenomena  sepi dari menulis kian menghambat.Bertemu teman baru yang begitu aktif dalam penulisan blog,muncul pula fenomena baru ‘Facebook’.Ketika itu baru mulai aktif sebagai ahli facebook.Hangat papan kekunci akibat kesan kehangatan jari menaip.
Huh..
Masih lagi terasa sepi tanpa coretan.Seksa tanpa buah-buah idea untuk menulis.Bahan bacaan semakin dibanyakkan tapi coretan idea tidak berbekas.Buku catitan sekali lagi sepi tanpa kabar berita.


Gesaan
Semuanya bermula dengan gesaan dari teman-teman.
Alhamdulillah,syukur atas kurniaan-NYA..

Ini sudah semestinya menjadi entry permulaan bagi sesiapa sahaja baru yang berkecimpung dalam penulisan blog.



1 comment:

  1. menarik penulisan...semoga dapat istiqamah dlm menyebarkan dakwah..InsyaAllah

    ReplyDelete