Friday 20 January 2012

Membunuh Pesonaliti


Personaliti Membunuh
Fikiran saya sering kali tercabar tatkala menjenguh ke blog teman-teman yang dikenali ataupun terkenal.
Fikiran saya juga mencabar diri sendiri tatkala buah fikiran dan keringat perlu dikerah untuk menghasilkan coretan

Mencabar dan Tercabar
Sememangnya manusia lahir dalam pelbagai ragam,”rambut sama hitam,hati lain-lain”.
Ada sifatnya yang suka mencabar diri sendiri.

Bukan menyeksa diri.

Mencabar diri dalam usaha mengeluarkan potensinya yang sebenar.Mencabar diri supaya keluar dari kepompong yang memisahan dunia sempit dari dunia yang lebih luas.
Dalam proses mencabar itulah,manusia akan mengeluarkan potensinya yang sebenar.

Ada satu kisah tentang seekor ulat beluncas.Lama-kelamaan ulat ini berubah menjadi kepompong.Terperaplah ia dalam kepompong dalam masa yang ditetapkan.
Satu ketika,tiba masa kepompong pecah ,dan dalamnya ada apa?
Seekor rama-rama.Ketika dalam kepayahan mengeluarkan diri dari kepompong,seorang manusia telah menolong membelah sedikit bahagian kepompong supaya memudahkan  rama-rama tersebut keluar.

Tetapi,alangkah malangnya ia tidak dapat terbang seperti rama-rama yang lain.Tatkala dalam kepayahan keluar dari kepompong itulah,rama-rama belajar untuk menguatkan diri untuk membolehkan ia terbang.Begitu jua dengan teman-teman haiwan yang lain,seperti gajah yang menyepak anaknya supaya bangun sejurus dilahirkan.Jangan pula dijadikan hujah untuk menyepak anak ketika sudah dilahirkan bertujuan mengajarnya.

Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian.Akal hadir dalam merasionalkan tindak-tanduk manusia.Kena buat kajian dulu bagaimana proses ini boleh membantu kekuatan diri haiwan terbabit

Dalam keadaan mencabar itulah jua proses tranformasi berlaku dalam potensi diri kita.Mencabar bukan untuk membuktikan diri terbaik,tetapi berusaha menjadi yang terbaik.Itu sebaiknya.
Wujud perasaan mencabar bila diri rasa tercabar.
“Tecabar kejantanan aku tengok Milah bawa motor FZ-150iz”rengus Hadi sendirian.
“Asyik-asyik dia aje yang pensyarah puji,aku pun apa kurangnya.Tercabar aku macam ni”rungutan Siti bermakna.

Hadi dan Siti.Dua-dua rasa tercabar melihat kelebihan pada orang lain.Tercabar dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada orang lain.

Saya juga begitu.Tercabar melihat orang sekeliling saya mula mengorak langkah menjadi orang hebat.Orang kampung saya kata”Zim,kita hidup ni mesti jadi orang yang hebat sebabnya di syurga kelak,Allah hanya menerima orang yag hebat-hebat sahaja.Lihat siapa penghuninya,Rasulullah,para sahabat dan para salafus soleh.Mereka ini orang yang hebat-hebat”.

Tercabar melihat orang yang mampu menguasai disiplin ilmu yang banyak,mampu berhujah dengan yakin dan fakta yang kukuh,mampu berdikari tatkala dtimpa musibah.



Personaliti Mencabar
Dalam kehidupan ini,saya banyak bertemu sosok tubuh yang banyak mencabar.
Saya gelar mereka ini “Personaliti Mencabar”.

Walaupun pada tafsiran yang lain lebih kepada personaliti berpengaruh,personaliti anggun dan sebagainya.Tetapi pada saya,personaliti mencabar ini lebih dominan dan mudah penerimaannya dalam kalangan masyarakat.

Bagaimana saya nak membina personaliti berpengaruh walhal saya tidak pandai mempengaruhi orang lain.Berat pada saya perkataan berpengaruh itu.Yang saya temukan adalah personaliti mencabar.

Mencabar saya untuk terus tercabar dan mengatasinya.

Mencabar saya untuk terus meletakkan azam bukan untuk mengatasi dia,tapi untuk meletakkan azam

“MENCABAR DIRI UNTUK TERUS DEKAT DENGAN ALLAH’



Why?It is a question..
Tercabar=Cemburu
Mungkin ini pada entry yang lain..InsyaAllah
Hasrat menulis dengan kerangka yang padat dan padu.

No comments:

Post a Comment