Personaliti
Membunuh
Fikiran saya sering kali tercabar tatkala menjenguh ke blog
teman-teman yang dikenali ataupun terkenal.
Fikiran saya juga mencabar diri sendiri tatkala buah fikiran
dan keringat perlu dikerah untuk menghasilkan coretan
Mencabar dan
Tercabar
Sememangnya manusia lahir dalam pelbagai ragam,”rambut sama
hitam,hati lain-lain”.
Ada sifatnya yang suka mencabar diri sendiri.
Bukan menyeksa diri.
Mencabar diri dalam usaha mengeluarkan potensinya yang
sebenar.Mencabar diri supaya keluar dari kepompong yang memisahan dunia sempit
dari dunia yang lebih luas.
Dalam proses mencabar itulah,manusia akan mengeluarkan
potensinya yang sebenar.
Ada satu kisah tentang seekor ulat beluncas.Lama-kelamaan
ulat ini berubah menjadi kepompong.Terperaplah ia dalam kepompong dalam masa
yang ditetapkan.
Satu ketika,tiba masa kepompong pecah ,dan dalamnya ada apa?
Seekor rama-rama.Ketika dalam kepayahan mengeluarkan diri
dari kepompong,seorang manusia telah menolong membelah sedikit bahagian
kepompong supaya memudahkan rama-rama tersebut
keluar.
Tetapi,alangkah malangnya ia tidak dapat terbang seperti
rama-rama yang lain.Tatkala dalam kepayahan keluar dari kepompong
itulah,rama-rama belajar untuk menguatkan diri untuk membolehkan ia terbang.Begitu
jua dengan teman-teman haiwan yang lain,seperti gajah yang menyepak anaknya
supaya bangun sejurus dilahirkan.Jangan pula dijadikan hujah untuk menyepak
anak ketika sudah dilahirkan bertujuan mengajarnya.
Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian.Akal hadir dalam
merasionalkan tindak-tanduk manusia.Kena buat kajian dulu bagaimana proses ini
boleh membantu kekuatan diri haiwan terbabit
Dalam keadaan mencabar itulah jua proses tranformasi berlaku
dalam potensi diri kita.Mencabar bukan untuk membuktikan diri terbaik,tetapi
berusaha menjadi yang terbaik.Itu sebaiknya.
Wujud perasaan mencabar bila diri rasa tercabar.
“Tecabar kejantanan aku tengok Milah bawa motor FZ-150iz”rengus
Hadi sendirian.
“Asyik-asyik dia aje yang pensyarah puji,aku pun apa
kurangnya.Tercabar aku macam ni”rungutan Siti bermakna.
Hadi dan Siti.Dua-dua rasa tercabar melihat kelebihan pada
orang lain.Tercabar dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada orang lain.
Saya juga begitu.Tercabar melihat orang sekeliling saya mula
mengorak langkah menjadi orang hebat.Orang kampung saya kata”Zim,kita hidup ni mesti jadi orang yang
hebat sebabnya di syurga kelak,Allah hanya menerima orang yag hebat-hebat sahaja.Lihat
siapa penghuninya,Rasulullah,para sahabat dan para salafus soleh.Mereka ini
orang yang hebat-hebat”.
Tercabar melihat orang yang mampu menguasai disiplin ilmu
yang banyak,mampu berhujah dengan yakin dan fakta yang kukuh,mampu berdikari
tatkala dtimpa musibah.
Personaliti
Mencabar
Dalam kehidupan ini,saya banyak bertemu sosok tubuh yang
banyak mencabar.
Saya gelar mereka ini “Personaliti Mencabar”.
Walaupun pada tafsiran yang lain lebih kepada personaliti berpengaruh,personaliti
anggun dan sebagainya.Tetapi pada saya,personaliti mencabar ini lebih dominan
dan mudah penerimaannya dalam kalangan masyarakat.
Bagaimana saya nak membina personaliti berpengaruh walhal
saya tidak pandai mempengaruhi orang lain.Berat pada saya perkataan berpengaruh
itu.Yang saya temukan adalah personaliti mencabar.
Mencabar saya untuk terus tercabar dan mengatasinya.
Mencabar saya untuk terus meletakkan azam bukan untuk
mengatasi dia,tapi untuk meletakkan azam
“MENCABAR DIRI UNTUK
TERUS DEKAT DENGAN ALLAH’
Why?It is a question..
Tercabar=Cemburu…
Mungkin ini pada entry yang lain..InsyaAllah
Hasrat menulis dengan kerangka yang padat dan padu.
No comments:
Post a Comment